Sunday, October 31, 2010

Objektif pelaksanaan kursus tarikh lahir ini adalah untuk:

  • Mengenalpasti potensi diri setiap individu berdasarkan dari tarikh lahir samaada Masehi atau Hijrah dengan menggunakan kaedah pengiraan secara Greek,Barat ,Tajul Muluk(Kitab Melayu Lama),Matematik Moden atau Segitiga dan maka kaedahnya adalah mendapatkan digit yang satu yakni kita dapat menyingkap rahsia terhadap sebahagian tabiat ,tingkah laku,personality,kejayaan,kecenderungan,kerjaya,perniagaan dan pelbagai lagi yang menjurus kepada kebaikan,kesenangan,kebahagiaan seseorang individu tersebut
  • Pemahaman terhadap nombor-nombor dan tenaganya akan membuahkan hasil yang tidak terbatas dan kita akan lebih beryakinan tinggi kerana kita adalah makhluk yang ciptaan Allah yang terhebat.


PELBAGAI PENEMUAN ANALISA PADA NOMBOR


Mengikut kajian yang berterusan melalui individu - individu yang terlalu ramai dan tidak terkira jumlahnya beberapa tahun yang telah berlalu, maka apa yang boleh diperolehi adalah penemuan yang telah dikenal pasti rekabentuk beberapa nombor. Penjelajahan bermula dan keputusan analisa kepada bentuk - bentuk ini adalah rahsia - NYA, hanya apa yang dapat ditafsir dan diterjemahkan di sini adalah kurang daripada setitik daripada kepunyaan ilmuNya.

Keputusan analisa ini menterjemahkan bahawa nombor juga memainkan peranan penting dalam menentukan segala urusan dan keputusan yang akan dibuat. Sama ada anda di dalam bidang pekerjaan atau di dalam bidang perniagaan atau apa saja urusan yang bersangkutan dengan diri anda, persekitaran dan orang - orang di sekeliling anda yang anda kenali.

Nombor ini amat penting sekali dalam memahami, mengenali, mempertahankan, meyakinkan, mempengaruhi,  mengubati, mengawal, menguasai, dan pelbagai lagi yang boleh dilakukan sekiranya anda dapat menghayati erti sebenar tenaga yang ada pada nombor - nombor ini. Oleh yang demikian, mari sama - sama kita baca, tafsir, kaji dan tentukan sendiri dengan apa yang tertulis disini dan dari pengalaman anda sendiri dalam memahami mengikut pemahaman anda.

Satu (1) Nombor atau angka ini melambangkan inisiatif sendirian

Satu bermaksud atau bermakna permulaan. Satu apabila didarab atau dikira (darab) maka jawapannya adalah tetap kepada bentuk soalan. Maka ia berdiri dengan sendirinya dan menguasai kepada keseorangan, bersendirian, kesunyian atau yang sama erti dengannya. Ia berada di hadapan di antara orang - orang lain atau sebagai pemimpin kepada kumpulan, persatuan dan sebagainya. Oleh yang demikian maka orang yang berada dihadapan ini kebiasaanya dia yang hidup atau mati terlebih dahulu, bermakna berani. Mempunyai sifat kepimpinan atau ketua.Seorang yang boleh berdiri dengan sendirinya dan boleh juga sebagai seorang yang keluar berdiri kehadapan dari orang ramai. Berani, tegas serta mempunyai cita - cita tinggi adalah sifat nombor ini.Maka dengan ini nombor atau angka iniadalah seorang yang individualis dalam pemikiran dan tindakan.Anda ingin kesetiaan yang tiada tolok bandingnya. No satu (1) mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas. Ia adalah satu nombor yang padu, pejal, keras, teguh kerana tiada nombor lain selain nombor satu (1). Mempunyai peribadi, perwatakan yang kuat dan kebiasaannya akan menarik perhatian "penikam dari belakang", "pendengki", "orang yang busuk hati" atau yang sama erti dengannya. Ia adalah nombor yang keras, kuat, teguh dan kebiasaannya nombor ini dikaitkan atau nombor ini adalah dari elemen "LOGAM".

Dua (2) Komunikasi dan Vokal

Dua bermaksud atau erti yang simbolik kepada dua (2) perkara atau (2) benda (Keduaan).Ia bermaksud dua benda atau perkara yang mana salah satu harus membuat keputusan. Kebiasaannya mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas tetapi tidak dapat mempercayai kebolehan diri sendiri maka ia harus dipecahkan. Bagaimana? Ia sungguh menakjubkan jika anda mengetahuinya sendiri bagaimana, tetapi bab ini akan dipelajari kemudian.Tiada yang muktamad adalah sekutu kuat nombor Dua (2) ini.Interpretasi atau tafsiran yang lain pula ialah kebiasaannya anda berfikir dahulu sebelum berkata - kata.Percakapan, pertuturan, ucapan akan datang kemudian.Oleh yang demikian Dua (2) boleh diilustrasikan kepada orang yang kuat bercakap, seorang penceramah, pemidato, pensyarah, penyanyi, pedebat, penutur yang bagus dan vokalis dimana keseluruhan perkataannya amat bermakna.Diatas nota yang ringan pula Nombor Dua (2) ini adalah dua pasangan yang berlainan jantina, kebiasaannya penyayang dan amat 'lembut hati'. Nombor ini biasanya kewanitaan. Dua (2) juga adalah seorang yang patuh. Dua (2) juga suka mengikut gerak hati dan tidak suka bersendiriaan tetapi sanggup untuk bersendirian sekiranya hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Selain daripada itu, Nombor Dua (2) adalah seorang yang baik, lemah lembut, suka melayan orang lain, kadangkala Nombor Dua (2) ini tidak tahu mengatakan "tidak"kepada orang lain. Nombor Dua (2) juga bersifat pendamai dan pengaman. Nombor Dua (2) ini kadangkala tidak dapat membuat pemilihan yang mana satu untuk dipilih. Nombor Dua (2) ini kebiasaannya kewanitaan dan mempunyai daya penarikannya yang tersendiri.

Tiga (3) Tindakan Proaktif, Agresif

Nombor ini adalah nombor simbol segitiga. Ia mempunyai tiga serangkai, mewakili nombor kepada semua benda iaitu permulaan, pertengahan dan akhir. Ia adalah sejagat dan menurut orang - orang Cina ia mewakili dunia iaitu syurga, dunia dan air. Nombor Tiga (3) ini lebih kepada kerohanian dan kuat pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun - menurun atau agamanya. Nombor Tiga (3) ini lebih kepada kerohanian dan kuat pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun - menurun atau agamanya.Nombor Tiga(3) juga dikaitkan dengan tindakan serba bolehnya. Kuasa nombor Tiga (3) ini menggerakkan tenaga kehadapan, mengalahkan,  menewaskan keduaan, ekspresi dan penyataan kebenaran. Tiga (3) boleh dilihat sebagai agresif. Sifat agresif ini tidak boleh lari dari sifat baran dan kurang kesabaran atau yang sekutu dengannya.Nombor Tia (3) ini juga dikaitkan dengan kreatif, suka bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria serta mudah bergaul. Mempunyai kebolehan yang baik jika berkaitan dengan fikiran. Anga Tiga (3) ini juga harus fokus demi mencapai kejayaan yang tinggi. Angka Tiga (3) ini mempunyai kelebihan lisan dan perkataan yang boleh diguna pakai dalam bidang penulisan, percakapan, lakonan dan yang sekutu dengannya. Nombor Tiga ini juga suka membuat sesuatu tapi jarang dapat menghabiskan atau menyudahkannya. Angka atau Nombor Tiga (3) ini juga suka melihat orang lain gembira dan akan melakukan apa saja untuk mencapainya. Apakah elemen yang mewakili keagresifan, panas baran dan tidak sabar? API sudah tentu.

Empat(4) Dengan Ilmu Maka Cahaya Menyinar

Nombor Empat (4) ini adalah satu simbol pengukuran. Ada Empat (4) musim, Empat (4) angin dan dan Empat (4) arah tuju. Ia mempunyai empat sudut dalam segiempat sama. Empat (4) simpang untuk dilalui. Empat suku dari bumi. Ia adalah selamat kerana kebiasaannya merancang atau merencananya terlebih dahulu. Nombor Empat (4) ini adalah nombor asas, penubuhan dan sistem undang - undang yang mengikut aturan. Nombor Empat (4)ini menggambarkan atau melakarkan Perancangan. Ia adalah skim yang istimewa dan teratur di dallam penyataan, pembentangan dan penjelmaan. Nombor Empat (4) ini adalah nombor perisikan, cerdas dan kebiasaannya nombor perisikan dan kecerdasan ini akan dituruti atau dijelmai dengan kearifan, kebijaksanaan atau kewajaran. Nombor Empat (4) ini agak degil dan suka mengikut caranya yang tersendiri.Nombor Empat (4) ini mampu bersabar, tekun bekerja, suka kerja dan kadangkala sanggup melakukan sesuatu tugas secara sendirian, sangat peka dan tradisional. Nombor Empat (4) ini kebiasaannya mempunyai cita - cita yang tinggi, suka sesuatu yang rutin, mudah tertarik dengan aktiviti luaran dan merasai atau menikmati pertalian dengan alam sekitar. Nombor Empat (4) ini juga keras hati, fikiran dan kehendaknya kadangkala tidak dapat diubah. Nombor Empat (4) ini juga kebiasaannya "konservatif" dan bersifat "pengorganisasian". Apakah elemen yang mewakili Nombor Empat (4) ini? Nombor perisikan ini sudah semestinya mewakili elemen KAYU.

Lima (5) Halatuju dan Yang Terselamat

Nombor Lima (5) ini benar - benar satu hujah, perdebatan, pertengkaran yang kadangkala mengelirukan. Nombor Lima (5) ini kebiasaannya ingin menjadi serba boleh tetapi harus perlu lebih belajar mengenainya. Kemungkinan besar nombor ini suka atau mahu menceburkan diri dalam lebih dari satu kerjaya dalam satu masa. Walaubagaimanapun kejadian nombor ini dari 0 hingga 9 maka ia berada di tengah - tengah, ia amat berhati - hati dan sedar dengan persekitarannya. Oleh yang demikian, Nombor Lima (5) ini suka mencuba perkara baru, melakukan perubahan dan mengikut cara yang luar dari kebiasaan. Nombor lima (5) ini mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat.Nombor Lima (5)ini juga sangat terpengaruh dengan perkara - perkara yang merugikan bakatnya. Sentiasa sibuk mencari - cari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah serta memerhatikansetiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Nombor Lima (5) ini juga mempunyai tenaga dan semangat yang sangat kuat. Mepunyai perasaan yang dirinya sentiasa dalam keadaan muda. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan dan persoalan yang bermain di fikiran Nombor Lima (5) ini tidak pernah berhenti. Di dalam pendapat orang - orang Cina Wu Xing, lima elemen yang teratur adalah Logam, Kayu, Air, Api dan Tanah. Elemen yang kelima adalah Tanah. Nombor Lima (5) ini mewakili Tanah (Bumi), nota yang menarik sekali ialah semasa kita mati kita akan dikebumikan di dalam tanah, semenjak kita dibawa, maka dari tanah kita dicipta dan kepada tanah juga kita akan kembali. Oleh yang demikian maka Nombor Lima (5) ini adalah kelakuan yang negatif, degil, keras kepala, beremosi, pemarah adalah sekeliling nombor ini tetapi jika Nombor Lima (5) ini pandai menggunakan kenegatifan di sekelilingnya dan menukarkan kepada positif adalah amat baik sekali. Nombor Lima (5) ini harus melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum mebuat kesimpulan. Apa yang perlu dielakkan oloeh Nombor Lima (5) ini adalah perasaan yang tidak tenteram, tidak puas hati serta inginkan perubahan yang berterusan. Tiada apa yang dapat disangkal lagi nombor ini mewakili elemen TANAH (BUMI).

Enam (6) Keajaiban dan Kekayaan

Nombor Enam (6) ini adalah nombor yang paling produktif sekali dalam banyak - banyak nombor kerana 1+2+3=6. Produktif juga boleh dikaitkan atau melambangkan perkahwinan. Nombor Enam (6) ini juga berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak - anak, adik beradik, saudara mara dan sebagainya. Nombor ini juga mewakili kesenangan atau kekayaan. "Loke Fook" yang bermakna atau membawa erti "6 kegembiraan" ia adalah apa yang diertikan oleh orang - orang Cinaiaitu lebih kepada mencari "angin". Nombor Enam ini juga inginkan ketepatan, disiplin dan segalanya teratur, tersusun dan mengikut urutan. Ia juga tidak menganggu yang lain kerana lebih menumpukan perhatian kepada kesempurnaan diri sendiri. Tidak suka kepada sambil lewa dan kemalasan. Nombor Enam (6) ini juga adalah idealistik dan memerlukan sesuatu "material" atas sebab untuk merasa gembira. Nombor Enam (6) juga adalah cekap dan mempunyai cara yang tersendiri, ia juga teman yang setia kepada sesiapa yang menjalinkan persahabatan secara serius. Nombor Enam (6) juga degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Ia juga seorang yang idealis dan mampu membuat kebajikan yang banyak untuk manusia. Nombor ini juga suka kepada persekitaran yang artistik dan mewujudkan keharmonian dalam rumahtangga. Hubungan kekeluargaan yang sangat kuat penting buat nombor ini. Nombor Enam (6) gemar meletakkan idea orang lain dan ideanya ke atas orang lain bagi melengkapkan sesuatu kehendak. Nombor Enam (6) juga amat gemar membantu dan menjaga orang atau seseorang. Kebiasaannya orang yang bernombor ini adalah romantik. Nombor Enam (6) ada kaitan dengan Satu (1). Oleh itu Enam (6)n juga adalah LOGAM.

Tujuh (7) Jaringan dan Belitan

Tujuh adalah satu bentuk kebijaksanaan yang tertinggi. Ia juga nombor yang mewakili "7" petala langit dan "7" petala bumi. Ia adalah nombor untuk alam semesta. Ada Tujuh (7) peringkat umur bagi lelaki. Tujuh (7) keajaiban dunia. Tujuh (7) lapisan sinaran dalam matahari dan Tujuh (7) merupakan pemikir, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya menerima sesuatu jika dikatkan dengan fakta. Nombor Tujuh (7) ini juga penuh dengan belas kasihan dan penuh dengan sifat pembantu. Punyai minda yang baik dan mampu mengumpulkan pengetahuan dari pelbagai bidang. Mampu menumpukan masa untuk membuat kajian berseorangan, beribadat dan bermunajat. Oleh yang demikian Nombor Tujuh (7) menarik perhatian pengikutnya. Nombor Tujuh (7) ini juga tergolong dalam golongan PENCARI, suka kepada untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang tersembunyi dan kadangkala tergolong juga dalam golongan yang suka berahsia. Nombor Tujuh (7) ini menarik perhatian pengikutnya. Dengan mempunyai pengikut bermakna seseorang itu sungguh bertuah. Nombor Tujuh (7) ini juga berkait rapat dengan Nombor Dua (2). Nombor Tujuh (7) ini juga suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling atau persekitarannya tetapi tidak suka pula apabila dipersoal atau diajukan pelbagai soalan kepadanya. Nombor Tujuh (7) ini juga gemar menunjukkan contoh teladan agar menjadi ikutan. Ia juga sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Gemar kepada perkara berteknikal dabn berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Maka Nombor Tujuh (7) ini adalah elemen AIR.

Lapan (8) Nafsu dan Kemurahan Hidup

Pada penulisan Lapan juga menggariskan "ia ingin kemudian lengkongan dan angin". Ia bersekutu dengan simbol infiniti. Ini jelas mengilustrasikan yang Nombor Lapan (8) sentiasa mencari sesuatu. Kebiasaannya Nombor Lapan (8) ini mempunyai kebolehan pengurusan dan boleh mengurus satu institusi atau dalam sesebuah keluarga. Ia sentiasa dan kebiasaannya sibuk melihat - lihat dan mencari sesuatu yang dia sendiri kadangkala tidak mengetahuinya. Oleh yang demikian, ia benar - benar di dalam tertekan, tekanan, halangan dan cabaran. Nombor Lapan (8) ini juga tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas, bekerja  terlalu kuat, untuk mengecapi kejayaan atau kemewahan. Suka dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik dan mempunyai perancangan yang hebat. Sentiasa mencari titik tolak sesuatu. Nombor Lapan (8) juga mempunyai bakat dalam "Pengurusan dan Penyelesaian". Nombor ini juga gemar melihat manusia sebagai objektif yang kadangkala memberinya idea dan suka mengendalikan manusia, ia juga dipandang sebagai ketua sama ada dalam perniagaannya sendiri atau dari kaca mata orang - orang disekelilingnya dan persekitarannya.Dalam nota yang lain pula, tiada benda yang dalam perjalanan garisan lapan itu, akan berakhir kembali kepada permukaannya. Ini menunjukkan yang ia sungguh bertanggungjawab. Nombor Lapan (8) ini berkait rapat dengan Nombor Tiga (3), oleh yang demikian Nombor Lapan (8) juga adalah elemen API.

Sembilan (9) Kreatif dan Menonjol

Nombor Sembilan (9) ini berkait rapat, paduan atau gabungan untuk semua kuasa 3x3. Ia boleh dikatakan lengkap dan yang pengakhirannya beerti kejayaan. Nombor Sembilan ini adalah nombor yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain dan lebih memberi tumpuan terhadap pihak orang ramai. Nombor ini bersifat gagah, boleh dipercayai dan diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Nombor ini juga tekun dalam membuat sesuatu serta berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan. Mempunyai kebolehan dalam menghiburkan orang lain, suka bekerja lebih, dan menyembunyikan sesuatu dari diketahui orang lain. Orang yang berjaya ini atau yang suka akan kejayaan kebiasaannya akan merasa tidak pernah cukup dan ia juga boleh menjerumus kepada ketamakan. Nombor ini juga gemar mengharap ganjaran dari usahanya dan kurang bersimpati, tiada tolak ansur serta tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Nombor Sembilan (9) ini juga mempunyai imaginasi yang baik serta boleh berjaya dalam pelbagai bidang. Nombor Sembilan (9) ini juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain untuk memahaminya dan kadangkala terpedaya dengannya. Nombor Sembilan (9) ini mampu berubah atau bertukar dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian persekitaran. Untuk berjaya Nombor Sembilan (9) perlu membina landasan kasih sayang serta tidak bergantung nasib dan perasaan (mood). Nombor ini juga boleh ditafsir atau dikategorikan "keseluruhan" dan boleh juga sebagai "penghibur". Ia adalah nombor kelakian dan ia adalah nombor orang lelaki. Maka Nombor Sembilan (9) adalah elemen KAYU.

Oleh itu :

Nombor 1 :6 adalah LOGAM
Nombor 2 :7 adalah AIR
Nombor 3 :8 adalah API
Nombor 4 :9 adalah KAYU
Nombor 5 adalah TANAH

ANALISIS NOMBOR DIDALAM AL-QURAN

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan RahmatNya kepadamu (Wahai Muhammad), nescaya berhasillah cita - cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan mendatangkan mudarat kepadamu sedikit pun; dan Allah telah menurunkan kepadaMu kitab (Al Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurniaan Allah yang dilimpahkanNya kepadamu amatlah besar".
(Surah An-Nisaa':Ayat 113)

Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dalam terbitan bukunya iaitu "The Series Of The Scientific Miracles In Quran" memperlihatkan kepada kita satu jujuran nombor didalam Al - Quran yang perlu kita ketahui. Jujuran tersebut bukanlah satu kebetulan bahkan Mukjizat Allah SWT kepada RasulNya yakni Muhammad SAW.

Berikut akan diberikan tentang jujuran nombor - nombor yang dibuat kajian oleh beliau dan bilangan tentang perkara yang disebut dan didapati di dalam Al - Quran:

DUNIA - 115 KALI SEBUTAN
AKHIRAT - 115 KALI SEBUTAN

FITNAH - 60 KALI SEBUTAN
KEAJAIBAN - 60 KALI SEBUTAN

MALAIKAT - 88 KALI SEBUTAN
SYAITAN - 88 KALI SEBUTAN

ZAKAT - 32 KALI SEBUTAN
BERKAT - 32 KALI SEBUTAN

HIDUP - 145 KALI SEBUTAN
MATI - 145 KALI SEBUTAN

MINDA - 49 KALI SEBUTAN
NUR - 49 KALI SEBUTAN

FAEDAH - 50 KALI SEBUTAN
KERUGIAN - 50 KALI SEBUTAN

LIDAH - 25 KALI SEBUTAN
SUMPAH - 25 KALI SEBUTAN

IBLIS PENGHULU
SYAITAN - 11 KALI SEBUTAN

NAFSU - 8 KALI SEBUTAN
KETAKUTAN - 8 KALI SEBUTAN

MOHON PERLINDUNGAN
IBLIS - 11 KALI SEBUTAN

BERCAKAP DI KHALAYAK - 18 KALI SEBUTAN
RAMAI BERDAKWAH - 18 KALI SEBUTAN

BALA / MUSIBAH - 75 KALI SEBUTAN
BERSYUKUR - 75 KALI SEBUTAN

KESUSAHAN - 114 KALI SEBUTAN
KESABARAN - 114 KALI SEBUTAN

BERSEDEKAH - 73 KALI SEBUTAN
BERPUAS HATI - 73 KALI SEBUTAN

MUHAMMAD - 4 KALI SEBUTAN
SYARIAT - 4 KALI SEBUTAN

ORANG YANG SESAT
ORANG YANG
MENINGGAL DUNIA - 17 KALI SEBUTAN

LELAKI - 24 KALI SEBUTAN
PEREMPUAN - 24 KALI SEBUTAN

SOLAT - 5 KALI SEBUTAN

MUSLIMIN - 41 KALI SEBUTAN
JIHAD - 41 KALI SEBUTAN

BULAN - 12 KALI SEBUTAN
HARI - 365 KALI SEBUTAN

EMAS - 8 KALI SEBUTAN
KEMURAHAN HIDUP - 8 KALI SEBUTAN

LAUTAN - 32 KALI SEBUTAN
DARATAN - 13 KALI SEBUTAN

LAUT DAN DARAT = 32 (Lautan) + 13 (Daratan) = 45
Oleh yang demikian, peratusan laut = 32 bahagi 45 darab 100
(32/45x100 = 71.11111111%) maka jawapannya adalah 71.11111111 peratus.

Peratus Daratan = 13 (Daratan) bahagi 45 (Lautan) dan di darab dengan 100
(13/45x100 = 28.88888889%) maka jawapannya adalah 28.88888889 peratus

JUMLAH KESELURUHAN = 100 PERATUS (100%)

Kajian pakar - pakar dalam bidang sains (saintis) telah membuktikan bahawa air meliputi sebahagiaan 71.11111111% daripada bumi dan tanah atau daratan meliputi 28.88888889%

Begitulah kuasa kehebatan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu 7 jalan (langit) dan Kami sekali - sekala tidak lalai diatas ciptaan Kami.

(Al-Quran : Surah Al - Mu'minuun : Ayat 17)